Thursday, March 1, 2012

Al-fatihah (Tafsir Fi Zhilalil Qur'an)




Ayat 1-
“Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
~ konsep Islam yang paling besar
~dariNya bermula/ wujud segala sesuatu
~ Apabila setiap sesuatu dimulai dgn menyebut nama Allah menunjukkan keglobalan / universal tentang gambaran Islam
~ Menunjukkan hakikat hubungan Allah dengan hamba-hambaNya


Ayat 2- “Segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam”
~ perasaan ingatan/pujian hanya kepada Allah melimpah dalam hati
~ Kerana nikmat Allah penuh dalam setiap kelip mata, langkah kaki, (bg yg pelajari Sains: peredaran darah, pernafasan, perkumuhan, sistem saraf etc) – semua perkara ajaib berlaku serentak (sains=Hukum Alam yang mampu dikaji=Sunnatullah/Ketetapan Allah)

Ayat 3- “Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
~ Hubungan kita dengan Allah – dasarnya kasih sayang dan pemeliharaan

Ayat 4- “Yang Menguasai Hari Pembalasan”
~ Percaya akan wujud Hari Pembalasan/ hidup kekal selepas itu
~ kepercayaan yang kukuh akan membebaskan diri dari kepentingan duniawi (cth: penipuan, rasuah, pecah amanah) kerana hakikatnya hidup amat singkat
~ Tumpuan menguasai amal untuk cari redha Allah bagi pembalasan yang kekal dan menguntngkan
~bagi yang benar yakin, factor kuat untuk terus kekal atas jalan Allah , yang layak Ia terus berjuang untuknya dan berkorban membela kebenaran
~ 2 different perception/believe will lead to different action and reaction. Buka mata dan lihat.

Ayat 5-
“Hanya kepada Engkau kami mnyembah, dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan”
~ Memohon hanya kepada Allah
~ Lead to independence/ merdeka dari rasa hamba kepada manusia/ makhluk kerana pergantungan harap hanya kepada Allah
~ Namun, manusia/makhluk dijanjikan Allah sebagai saling membantu untuk capai sasaran/ pertolongan. So man and universe act dynamically and harmony. No slave-man relationship.

Ayat 6- “Tunjukkanlah kami jalan yang lurus”
Ayat 7- “Iaitu jalan yang Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan orang yang sesat”
~ Setelah faham pergantungan kepada Allah, Allah mengajar kita cara meminta.
~Minta diberi pengetahuan (ma’rifah) dan terus tetap (istiqamah) di jalan yang orang yang berbahagia, mendapat petunjuk dan sampai kepada keredhaan Allah.

No comments:

Post a Comment