Saturday, January 7, 2012

HAK BAYI ITU


Imron bin al-Husain al-khuza’iy berkata, Seorang wanita dari suku Juhainah telah mengaku berzina dan mohon Rasulullah s.a.w membersihkannya dengan hukum hudud. Rasulullah menolak pengakuannya dan menyuruh pulang.

Kemudian beliau datang lagi dan mendakwa telah hamil. Rasulullah s.a.w sekali lagi menyuruhnya pulang dengan mewasiatkan kepada wali wanita tersebut untuk memelihara kandungan tersebut dengan baik dan kembali setelah melahirkan.

Setelah melahirkan, sekali lagi Rasulullah s.a.w menyuruhnya pulang dan menyusui sehingga anaknya berhenti menyusu.

Setelah itu, wanita itu datang dengan membawa anaknya yang telah berhenti menyusu, ditangan anak tersebut ada secebis roti.


Kemudian Rasulullah s.a.w menjalani hukum rejam terhadap wanita tersebut itupun setelah seorang lelaki bersedia menguruskan hal penyususn bayi tersebut.

Diriwayatkan juga, semasa rejaman, terdapat sahabat yang membaling batu dengan kasar namun perbuatan tersebut ditegur Rasulullah s.a.w yang dengan tegas mengakui kesungguhan taubat wanita tersebut yang menyamai taubat 70 orang Madinah ketika itu.

(Hadith ini daripada Sulaiman Bin Buraidah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ad-Dar Qutni. Lihat Nailul Awtar 7/123. Ia merupakan hadith yang shohih.

Terkesima, terpana..betapa Islam memelihara hak walau sekecil bayi itu untuk mendapatkan full breastfeeding sehingga ke ‘weaning’ diet. Hinggalah dari aspek yang lain memelihara hak Allah iaitu hudud. Kerana Allah yang mencipta, yang memelihara, yang memberi nikmat. Masakan kita bisa meracuni diri dengan perbuatan menyalahi tujuan penciptaan. Namun, setelah hak Allah itu dilaksanakan, nah, kita bebas dari hukuman mencengkam di akhirat kelak. Malah, taubat yang didasari dengan keimanan dan redha atas hukuman membawa kita menghadapNya dengan keadaan bersih InsyaAllah. Serentak dengannya, maka turunlah rahmat Allah menyelamatkan masyarakat dengan menurunkan ketakutan ke dalam hati-hati manusia yang berniat melakukan maksiat tersebut. Rawatan ‘outside to inside’ itu secara tidak langsung menyebabkan hak masyarakat turut terpelihara setelah keimanan atau pencegahan ‘inside-out’ dibina sebelumnya .

Cantiknya Islam itu jika difahami secara fundamental dan konteks berteraskan wahyu, bukan rasional akal semata!.

No comments:

Post a Comment